PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA(ASEAN)






Logo ASEAN




PENGENALAN

ASEAN Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan  pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Pengasas ASEAN ialah Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 8 Januari 1984, Vietnam pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan Cambodia pada 30 April 1999, menjadikan jumlah keseluruhan anggota ASEAN kepada 10 negara sehingga kini.
FUNGSI-FUNGSI KERJASAMA ASEAN
Fungsi-fungsi kerjasama ASEAN dibentuk berdasarkan kepada Rancangan-rancangan  berikut:
-Rancangan Pembangunan Sosial ASEAN 
-Rancangan Kebudayaan dan Maklumat ASEAN 
-Rancangan Sains dan Teknologi ASEAN 
-Rancangan Persekitaran Strategik  ASEAN 
-Rancangan Kawalan Penyalahgunaan Dadah ASEAN 
-Rancangan Memerangi Jenayah Antara bangsa ASEAN

PRINSIP-PRINSIP UTAMA ASEAN
 Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara 
- Menyelesaikan permasalahan atau perdebatan dengan aman 
- Menolak penggunaan ketenteraan 
- Meningkatkan kerjasama efektif antara anggota.
KEAHLIAN ASEAN:
- Malaysia
- Brunei Darussalam
- Filipina
- Indonesia
- Kemboja
- Laos
- Myanmar
- Singapura
- Thailand
- Vietnam
Negara ASEAN