Organisation of Islamic Cooperation (OIC)



Logo OIC


PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM(OIC)



PENGENALAN
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
ANTARA OBJEKTIFNYA TERMASUKLAH:

  1. Memupuk perpaduan dalam kalangan negara anggota.
  1. Meningkatkan perjuangan umat islam bagi memelihara maruah,kemerdekaan dan hak mereka.
  1. Menyalaras kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi,sosial budaya serta mengatur rundingan antara negara anggota.
  1. Mewujudkan kerjasama dan kesefahaman antara negara anggota dengan negara lain.
  1. Mengambil pelbagai langkah dalam meningkat keamanan serta keselamatan antara negara anggota.
OIC kini mempunyai 55 keahlian iaitu: Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, MALAYSIA (PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Uzbekistan dan Yaman.
  1. Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara Kerajaan OIC.
  1. Persidangan menteri-menteri luar OIC.
  1. Sekretariat OIC.






KEANGGOTAAN



STRUKTUR INSTITUSI

Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) mempunyai tiga badan utama:



SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA DAN KERAJAAN OIC

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI LUAR OIC

Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara anggota.

SEKRETARIAT

Sekretariat OIC yang berpejabat di Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam OIC. Ia diketuai seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh Persidangan Menteri-menteri Luar OIC. Sekretariat OIC bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam.


OIC leaders condemn Israel for committing war crimes in Gaza.





NEGARA-NEGARA PEMERHATI OIC

BILNEGARA                            TAHUN SERTAI
1
Bosnia Herzegovina                           1994
Afrika Tengah                                     1997
Thailand                                              1998 
Rusia                                                    2005
Turkish Cypriot State                        1979
PERTUBUHAN/ORGANISASI MUSLIM
Moro National Liberation Front        1997
ORGANISASI-ORGANISASI ANTARABANGSA
United Nations (UN)                           1976
Non-Aligned Movement (NAM)         1977
League of ARAB STATES (LAS)       1975
The African Union (AU)                      1977
ECONOMIC COOPERATION             1995